Ilmu Allah ni luas...ape2 yg kite dpt,,k0ngsila ngn sesiapa...
ni aq dpt mse tazkirah ngn Angah (abg aq)..
s0,,kt cni,,aq nk share la ngn kwn2 sume...
Alhamdulillah,,jika ade yg m'bacenya... :)
Assalamualaikum...
ari ni nk k0ngsi cket la sal ujian Allah...
Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.
1) Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab,
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)
*s0,kite sbg hambe-Nya,kne la kuat utk menempuhi ujian yg diberi...
Allah beri kite ujian,,tandanya Dia ingat kite n juz nk uji keimanan kite...
2) Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab,
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
*Allah Maha mengetahui ape yg t'baik bg hamba2Nya...
x sume bnde yg kite nk,,kite akn dpt...
kdg2 ape yg kite nk,xdpt pd mse yg kite mahukn...
itu semua ketentuan Allah...
3) Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)
*sedar x kite,,Allah 2 Maha Penyayang...
sbb 2 Allah m'beri ujian kpd hamba2Nya mengikut kemampuan masing2...
Allah xkn membebankn kite kalau kite x mmpu nk hadapi bebanan yg diberi...
4) Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab,
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)
*emm...0rg2 yg beriman xkn berasa kecewa,,
sbb Allah sentiasa ada disisi hamba2Nya...
s0,,kuatkn semangat utk menempuh apa jua dugaan yg diberi...
5) Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab,
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Surah al-Baqarah: 45)
*Manusia terlalu leka...tmasuk dri aq sndri...
kdg2,,kalau ngh susah,,pk mcm2 utk setelkn mslh...
mtk tlg kt kwn2,,fmly,,cpe2 je la kn...
tp sbnrnya,,kite lupa.. !
Allah yg berikn ujian kpd kite,,s0 pd Nya kite perlu m0hon pert0longan...
dlm usaha nk m'cari jln penyelesaian,,kite x b0le lupekn Allah...
6) Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab,
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri (bertawakal), dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)
*knp kite perlu b'harap pd manusia semata-mata,,
sedangkan kite punyai Allah yg Maha Besar...
Jika tiada siapa yg b0le men0long,,xperlu risau..!
sbb kite hanya perlu beserah pd Allah...
7) Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
*jika kite b'sabar dgn ujian Allah,,
Allah telah menjanjikan ganjaran yg amat besar kpd kite..SYURGA...
sume 0rg nk msuk syurga,,krn 'di sana' nt adalah kekal...
dunia ni hanya sementara...s0,,j0m la kejarkn ganjaran Allah utk bekalan 'di sana' nt...
8) Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab,
"Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami gilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya)." (Surah Ali Imran: 140)
*setiap 0rg pasti akan merasa kejayaan & kesedihan...
di kala sedih,,xperlu lah terlalu sedih & kecewa,,krn Allah hanya sekadar menguji...
bersabarlah agar kite terg0long dlm g0longn 0rg2 yg b'iman...
9) Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab,
"...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)
*sbg hamba,,kite x b0leh b'putus asa dgn Rahmat-Nya...
krn yg b'putus asa hanyalah 0rg2 yg kafir...
sentiasalah bersabar & mem0hon pert0longan drp Allah...
10) Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab,
" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
*Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar.
tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir.
Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya.
Di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya...
Ayat Seribu Dinar :
yg b'maksud ;
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Surah at-Talaq: 2-3)
(Surah at-Talaq: 2-3)
No comments:
Post a Comment